Tuesday, November 17, 2009

KARNIVAL SUKAN JABATAN BENDAHARI UKM 2009






















Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS KESYUKURAN

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan mengadakan Majlis Kesyukuran bagi kakitangan yang akan menunaikan haji tahun 2009 seperti dibawah:-

Tarikh : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Aras 4, Bahagian Pentadbiran
Masa : 8.15 pagi

Semua kakitangan dijemput hadir.

Tuesday, October 6, 2009

Perlawanan Persahabatan FUTSAL

Perlawanan persahabatan FUTSAL diantara Jabatan Bendahari vs Akauntan Negara akan diadakan seperti berikut:-

  • 8 Oktober 2009
  • Jam 9 malam
  • Sports Planet Kajang
Kepada sesiapa yang berminat nak join, sila hubungi En. Azlan (BKP) untuk maklumat lanjut. Diharap kemenangan akan berpihak kepada Jabatan Bendahari. Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari.

Tuesday, September 29, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BENDAHARI 2009

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan menganjurkan jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1430 yang akan diadakan pada :-


Tarikh : 02 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 7.45 malam
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (Dewan Bestari)

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan Jabatan Bendahari dan ahli keluarga dijemput untuk hadir memeriahkan majlis ini.

Thursday, September 17, 2009

BERITA TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Bapa kepada Puan Siti Hajar Binti Mohd Nazir, Pembantu Tadbir (P/O) di Jabatan Bendahari telah kembali ke rahmatullah pada 2 September 2009 di Simpang Balak, Kajang, Selangor. Warga Bendahari mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

JAWATANKUASA BKJB MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA JABATAN BENDAHARI. BAGI MEREKA YANG AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU DAN SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.

Dalam tak sedar ia pergi
Terasa pantas Ramadhan berlari
Harapan kami agar ketemui lagi
Ramadhan muncul untuk sekian kali


Kembang mekar di awal pagi
Mawar sendirian berteman duri
Ramadhan kini kian pergi
Syawal pula semakin hampiri

Enak sungguh buah peria
Banyak ditanam di Sungai Keladi
Bermaaf maafan di hari raya
Lupa semua sengketa terjadi

MAAF ZAHIR & BATIN.

Monday, September 14, 2009

Berita Takziah

Dukacita dimaklumkan Ibu kepada Cik Noorhalimah Binti Abdul Rani (Setiausaha kepada En. Mohd Azli Mohd Kasirun) telah kembali kerahmahtullah pada malam 11 September 2009 (Jumaat). Jenazah telah selamat dikebumikan di Sungai Ramal Luar. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tuesday, September 1, 2009

Berita Takziah

Dukacita dimaklumkan bapa kepada Puan Zuraidah Mohd Isa telah kembali kerahmahtullah pada pagi 01 September 2009 (Selasa) kerana sakit tua. Jenazah telah selamat dikebumikan di Kerdau, Temerloh, Pahang. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, August 26, 2009

FADILAH SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca Al-Quran.
Malam 5Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernamaAl-Kauthar.”

Monday, August 17, 2009

Program Ceramah Bulan Ramadhan

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan menganjurkan ceramah sempena bulan Ramadhan pada :-

Tarikh: 20 Ogos, 2009 (Khamis)
Masa: 8:15 pagi
Tempat: Bah. Pentadbiran, Aras 4
Penceramah: Ust. Dr. Zulkiple Abd. Ghani

Tarikh: 28 Ogos, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Kewangan Penyelidikan, Aras 4
Penceramah:

Tarikh: 4 September, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Perolehan dan Bayaran, Aras 3
Penceramah:

Tarikh: 11 September, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Pentadbiran, Aras 4
Penceramah:

Adalah diharapkan agar semua kakitangan dapat memberi sokongan dan menghadirkan diri. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNYA. InsyaAllah.

Wednesday, August 12, 2009

Perlawanan Persahabatan

Pasukan Futsal Jabatan Bendahari akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Pendaftar pada hari Khamis (13/08/09) jam 9 malam di Sports Planet Kajang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berjumpa dengan En. Khairul Azlan (BKP).

-Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari-

Monday, August 10, 2009

Penyakit H1N1 dan Cara Pencegahannya

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah/tempat kerja;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah kepada Pn. Mazlina Dol Hamli yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki sulung pada 28 Julai 2009 (selasa) jam 10.50 malam di PPUKM. Tahniah juga kepada bonda Pn Faridah Ab Latip kerana telah menerima cucu sulung.

Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapakan tahniah kepada Pn. Noorhashikin Sulaiman yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki pada 08 Ogos 2009 (Sabtu) jam 6:30 ptg di Hospital Kajang. Semoga dengan kelahiran cahayamata itu akan bertambah serilah lagi keluarga yang dibina. Amin.

Thursday, August 6, 2009

Berita Takziah

Dukacita dimaklumkan nenek kepada En. Amiri Mustaffa telah kembali kerahmahtullah pada pagi 06 Ogos 2009 (Khamis). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Berita Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah kepada En. Amir Hamzah Abdul Kahar yang telah memenangi Anugerah Pekerja Inovatif bagi Kategori Sokongan Bukan Teknikal bersempena dengan Majlis Anugerah Sarjana Bestari Ke -4. Tahniah diucapkan.

Friday, July 17, 2009

Selamat Pengantin Baru - En. Zul Azri Hassan

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada En. Zul Azri Hassan dari Unit Penguatkuasaan, Jabatan Bendahari yang akan melangsungkan pernikahannya pada Jumaat, 17 Jun 2009 dan majlis bersanding akan diadakan pada hari Ahad, 19 Jun 2009 di Taman Tunku Kurshiah, Seremban. AJK BKJB dan seluruh warga di Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah. Semoga diberkati dan diberi rahmat serta kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Friday, June 26, 2009

Ruangan ucapan untuk En Mohd Farid Hazwan

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan ucapan untuk En. Mohammad Syarin Sapuan

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan ucapan untuk Pn. Zaiton Hashim

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan Ucapan Buat Pn. Hjh. Noorma Sidek

Sila klik Comments untuk buat ucapan

Monday, June 22, 2009

Majlis Persaraan Dan Kesyukuran Jabatan Bendahari, UKM

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Jabatan Bendahari hadir ke Majlis Persaraan & Kesyukuran Jabatan Bendahari pada:-

Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Tempat : Jabatan Bendahari, Aras 4
Masa : 11.30 pagi

Semoga dengan kehadiran semua akan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday, June 16, 2009

Bengkel Dan Lawatan Ke Cameron Highland

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari, akan menganjurkan bengkel dan lawatan ke Cameron Highland, Pahang seperti butiran dibawah:-

Tarikh : 04 - 05 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa Bertolak : 07.00 pagi
Bayaran : Tertakluk kepada penyertaan

Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai lawatan ini sila berikan nama kepada: En. Zailan Ahmad - Samb 5134 @ En. Abd. Rahman Manaf - Samb 4441

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 3, 2009

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP JABATAN BENDAHARI

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan menganjurkan pertandingan bowling tertutup Jabatan Bendahari yang akan diadakan pada:

Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Bowling Alamanda, Putrajaya
Yuran Penyertaan : RM20.00 seorang (termasuk sewaan kasut)
Hadiah penyertaan Lelaki & Wanita akan disediakan dari tempat pertama hingga kesepuluh (Cabutan bertuah akan disediakan)


Kepada semua kakitangan Jabatan Bendahari yang ingin menyertai pertandingan bowling ini sila beri nama anda kepada Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi: En. Zailan Ahmad (Hp: 019-347 7317, Off: 03-8921 5134). Tarikh tutup penyertaan ialah pada: 15 Jun 2009

Untuk makluman, kakitangan yang mengumpul mata paling tinggi akan dipilih untuk mewakili Jabatan bagi Pertandingan Bowling Tiga Penjuru diantara Jabatan Kewangan PPUKM, Unit Audit Dalam dan Jabatan Bendahari yang akan diadakan pada 27 Jun 2009.

Monday, June 1, 2009

Sayonara

Salah seorang staf di Jabatan Bendahari telah berhenti berkhidmat pada 29 Mei 2009. Beliau telah ditempatkan di Unit Bayaran. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Mohd Farid Hazwan Mohamad Rahim.

Pihak AJK BKJB mendoakan supaya beliau berjaya dalam apa sahaja karier yang bakal diceburi. Dan kami juga memohon ribuan kemaafan andai terlanjur kata tersilap bicara sepanjang berkhidmat di Jabatan Bendahari. Akhir kata kami ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada beliau di atas sumbangannya kepada Jabatan Bendahari amnya dan BKJB khususnya.

JOM GI UMRAH

Saya ada bincang dgn k/tgn J. Bendahari dan mencadangkan supaya diadakan program Umrah secara potongan gaji. Kalau kos +- RM5,000 dua tahun lebih kurang RM200 sebulan. Kalau ada sokongan BKJB boleh usahakan.

Selamat Pengantin Baru - Noris

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Pn. Nor Ismawati Bt Mohd Puad dari Unit Penerimaan, Jabatan Bendahari yang telah melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad, 31 Mei 2009.

AJK BKJB dan seluruh warga di Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah. Semoga puan dan pasangan akan dilimpahi rahmat dan keberkatan hidup dari Allah swt di dunia dan di akhirat. Amin.

Selamat Pengantin Baru - K.Lan

Assalamualaikum,

AJK BKJB mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada rakan seperjuangan kita di Bahagian Kewangan Penyelidikan, Jabatan Bendahari iaitu En. Khairul Azlan Ismail.

Kepada semua staf Jabatan Bendahari, anda dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau yang akan diadakan pada hari Ahad, 14 Jun 2009 bertempat di Dewan Gemilang, UKM.

Doa dari kami semoga pasangan pengantin baru ini sentiasa diberkati dan dilindungi serta dimurahkan rezeki oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Amin.

Friday, May 29, 2009

Biro Sukan & Rekreasi

Mohon kepada semua staf Jabatan Bendahari supaya membuat undian berkenaan dengan pembahagian kumpulan sempena Kejohanan Sukan Jabatan Bendahari 2009. Keputusan pembahagian akan dibuat berdasarkan bahagian/unit atau mengikut warna rumah sukan akan ditentukan mengikut undian yang tertinggi.

Sekiranya jumlah undian adalah sama, maka AJK BKJB akan menentukan pembahagian mengikut kesesuaian.

Kerjasama semua staf Jabatan Bendahari amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

"Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari"

KOMEN YDP

Memang laman blog ini panas sifatnya, saya dah tahu sebelum buat pun. Sekurang-kurangnya bila dah panas semua orang tahu akan kewujudan laman ini.

Tapi perlu saya ingatkan di sini tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk perkara kebaikan jangan ada niat jahat contohnya nak memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang.

bincang la pasal sistem kerja ke contohnya daftar bil ke dan saya berpendapat di sini la tempat kalau nak cadang apa-apa (Knowledge sharing dan shared community), pihak pengurusan pun kena la ambil perhatian tentang cadangan atau keluhan kakitangan jabatan bendahari.

Janganlah guna bahasa yang kesat dan kotor, saya setuju beza pendapat tapi kena profesional.
Janganlah nak layan blog ni sampai kerja hakiki yang wajib tu diabaikan.
Saya pun akan layan blog ni pada waktu malam kat rumah, tak sempat nak tengok setiap hari.

Kepada jawatankuasa badan yang dilantik janganlah bersedih, terima kritikan yang baik dan jangan cepat mengalah (demotivated), kita dilantik dengan mandat ramai dan secara prinsipnya mereka meletakkan kepercayaan kepada kita dan berilah sumbangan apa yang termampu. Sebab tu saya minta komen pasal objektif dan apa bentuk2 kebajikan yang diharapkan.
Setiap kerja kebaikan ada cabarannya, apalah sangat kalau dibandingkan dengan cabaran yang diterima oleh nabi s.a.w semasa zaman jahiliah dan sekarang ni bukan zaman jahiliah kan.

Berkaitan dengan trip ke Cameron sebenarnya ia program AJK badan yang dibiayai sendiri oleh AJK. Program berkenaan tujuannya macam bengkel la untuk membincangkan dan merancang aktiviti BKJB dan dalam masa yang sama kita orang pun cadang nak pegi juga kenduri kahwin tu pada hari ahad. Tapi bila rakan-rakan lain tahu ramai pulak yang nak ikut dan akhir sekali lain pulak jadinya. Tak pe la kami terima pandangan tu dan nanti kami bincang balik yang pasti saya berpendapat tujuan asal ke Cameron tu perlu.

Sekian, salam ukhuwah

Thursday, May 28, 2009

Berita Terkini

Salah seorang staf Jabatan Bendahari iaitu Pn Noor Hayaty Said sedang mengalami tekanan darah rendah. Pihak AJK BKJB memohon kepada semua rakan staf Jabatan Bendahari sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh.

Wednesday, May 27, 2009

DARI MEJA BIRO PENERANGAN

Salam,

Kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Komen dan cadangan anda amatlah dialu-alukan tetapi biarlah yang membina dan memberi kebaikan kepada Jabatan Bendahari dan kakitangan semua. Adalah diharap semua rakan-rakan dapat mengawal emosi semasa memberi cadangan dan komen didalam blog ini.

Sekian, terima kasih

Biro Penerangan

Friday, May 22, 2009

Hebahan Umum

Untuk makluman semua kakitangan, Jabatan Bendahari akan di audit oleh SIRIM pada 4 - 5 Jun 2009. Bagi tujuan berkenaan Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan mengadakan Program Solat Hajat, Bacaan Yassin & Tahlil bersempena dengan "Surveillance Audit' ISO 9001:2000 seperti dibawah:-

Tarikh : 02 Jun 2009 (Selasa malam Rabu)
Tempat : Bilik Bankuasi, Aras 2, Bangunan Canseleri
Masa : 6.45 petang

Adalah diharap semua kakitangan dapat memberi sokongan dan menghadirkan diri. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNYA. Insyallah

Thursday, May 14, 2009

Objektif Badan Kebajikan

Selaras dengan arus perubahan negara dan universiti AJKBKJB berpendapat bahawa objektif badan haruslah di murnikan semula sesuai dengan namanya sendiri. Timbul persoalan apakah bentuk kebajikan yang perlu diberi perhatian. Adakah hanya aktiviti bercorak suka ria untuk merapatkan silatrahim atau menghilangkan stress sahaja atau perlu lebih-lebih hingga mencampuri pihak pengurusan jabatan atau hingga masalah rumahtangga ?

Tuesday, May 12, 2009

SUKAN JABATAN BENDAHARI 2009

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari (BKJB) akan menganjurkan sukan dalaman untuk kakitangan Jabatan Bendahari bagi tahun 2009. Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti dibawah dan dijangka akan dilangsungkan pada minggu ke 3, bulan Jun.

1. Bowling berpasukan (8 Lelaki & 8 Wanita)
2. Badminton berpasukan (3 Bergu Lelaki, 2 Bergu Wanita & 2 Bergu Campuran)
3. Futsal (Lelaki) & (Wanita)

Aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan di jabatan bendahari serta mencari pemain terbaik bagi perlawanan untuk merebut Piala Bendahari yang akan diadakan bersama HUKM & Unit Audit Dalam. Berikut merupakan 5 kumpulan yang terlibat yang telah dibahagikan mengikut bahagian:-

1. Bahagian Kewangan Penyelidikan
2. Bahagian Perolehan, Bayaran & Stor Pusat
3. Bahagian Kewangan Kakitangan, Bahagian Akaun & Belanjawan & Aset
4. Bahagian Kewangan Pelajar, Penjanaan & Penerimaan
5. Bahagian Pentadbiran, Kampus Kuala Lumpur & Unit Penguatkuasaan

Diharap semua kakitangan dapat mengikuti aktiviti ini dan memilih ketua masing-masing untuk sukan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi: En. Zailan Ahmad

Terima Kasih.

Saturday, May 9, 2009

Mesyuarat BKJB 2/2009

Makluman kepada semua AJK BKJB, mesyuarat BKJB 2/2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 Mei 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PUSPA, Aras 2

Mohon kerjasama semua AJK supaya dapat menghadirkan diri pada mesyuarat berkenaan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2009.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada Saudara Amir Hamzah (Unit Elaun) dan Pn. Suhafizah (Unit Zakat) kerana telah melangsungkan perkahwinan pada bulan April 2009.

Pihak BKJB mendoakan semoga kedua-dua pengantin baru tersebut akan kekal bahagia dengan pasangan masing-masing serta perhubungan mereka akan sentiasa diberkati dan dilindungi dengan rahmat Allah swt.

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Potongan Gaji Tahun 2009

Makluman kepada semua kakitangan Jabatan Bendahari, potongan gaji akan dilaksanakan mulai Jun 2009 sebanyak RM 36.00 setahun bagi bayaran yuran keahlian BKJB.


Sekian, harap maklum.

Thursday, May 7, 2009

Kursus Pengukuhan Pasukan

Pada 3-5 April 2009, AJK lama BKJB berjaya menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan yang telah diadakan di Taman Negara, Pahang. Seramai 96 peserta yang terdiri daripada pelbagai unit di Jabatan Bendahari telah menghadiri kursus tersebut.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, analisis menujukkan 95% daripada jumlah keseluruhan peserta memberikan reaksi positif terhadap kursus yang dianjurkan.

Kepada semua peserta, pihak BKJB mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus itu berlangsung.

Carta Organisasi

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari sesi 2009/2010.

Pengerusi : En. Mokhsin Hj. Tumin
Naib Pengerusi : Hj. Misro Jerut
Setiausaha : Pn. Norazlin Shahidah Ali
Bendahari : En. Zul Azri Hassan
AJK-AJK :-
Cik Junainah & En. Zul Azri Hassan (Biro Penerangan & Teknologi Maklumat)
Tuan Hj. Nadzri (Biro Kerohanian)
Tuan Hj. Misro & Pn. Norliza (Biro Ekonomi)
En. Zailan Ahmad (Biro Sukan & Rekreasi)
En. Abd Rahman & En. Azmi (Biro Kebajikan)
Juruaudit :-
Pn. Norsiah Yunus
En. Amiri Mustafa

Tuesday, May 5, 2009

SELAMAT DATANG

Blog ini akan memaparkan maklumat dan perkembangan semasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari (BKJB) UKM.

Kami juga amat mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan dari semua kakitangan Jabatan Bendahari bagi memantapkan lagi setiap program yang bakal dilaksanakan oleh BKJB.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emailkan ke bkjbukm@gmail.com

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites