Friday, May 29, 2009

Biro Sukan & Rekreasi

Mohon kepada semua staf Jabatan Bendahari supaya membuat undian berkenaan dengan pembahagian kumpulan sempena Kejohanan Sukan Jabatan Bendahari 2009. Keputusan pembahagian akan dibuat berdasarkan bahagian/unit atau mengikut warna rumah sukan akan ditentukan mengikut undian yang tertinggi.

Sekiranya jumlah undian adalah sama, maka AJK BKJB akan menentukan pembahagian mengikut kesesuaian.

Kerjasama semua staf Jabatan Bendahari amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

"Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari"

KOMEN YDP

Memang laman blog ini panas sifatnya, saya dah tahu sebelum buat pun. Sekurang-kurangnya bila dah panas semua orang tahu akan kewujudan laman ini.

Tapi perlu saya ingatkan di sini tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk perkara kebaikan jangan ada niat jahat contohnya nak memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang.

bincang la pasal sistem kerja ke contohnya daftar bil ke dan saya berpendapat di sini la tempat kalau nak cadang apa-apa (Knowledge sharing dan shared community), pihak pengurusan pun kena la ambil perhatian tentang cadangan atau keluhan kakitangan jabatan bendahari.

Janganlah guna bahasa yang kesat dan kotor, saya setuju beza pendapat tapi kena profesional.
Janganlah nak layan blog ni sampai kerja hakiki yang wajib tu diabaikan.
Saya pun akan layan blog ni pada waktu malam kat rumah, tak sempat nak tengok setiap hari.

Kepada jawatankuasa badan yang dilantik janganlah bersedih, terima kritikan yang baik dan jangan cepat mengalah (demotivated), kita dilantik dengan mandat ramai dan secara prinsipnya mereka meletakkan kepercayaan kepada kita dan berilah sumbangan apa yang termampu. Sebab tu saya minta komen pasal objektif dan apa bentuk2 kebajikan yang diharapkan.
Setiap kerja kebaikan ada cabarannya, apalah sangat kalau dibandingkan dengan cabaran yang diterima oleh nabi s.a.w semasa zaman jahiliah dan sekarang ni bukan zaman jahiliah kan.

Berkaitan dengan trip ke Cameron sebenarnya ia program AJK badan yang dibiayai sendiri oleh AJK. Program berkenaan tujuannya macam bengkel la untuk membincangkan dan merancang aktiviti BKJB dan dalam masa yang sama kita orang pun cadang nak pegi juga kenduri kahwin tu pada hari ahad. Tapi bila rakan-rakan lain tahu ramai pulak yang nak ikut dan akhir sekali lain pulak jadinya. Tak pe la kami terima pandangan tu dan nanti kami bincang balik yang pasti saya berpendapat tujuan asal ke Cameron tu perlu.

Sekian, salam ukhuwah

Thursday, May 28, 2009

Berita Terkini

Salah seorang staf Jabatan Bendahari iaitu Pn Noor Hayaty Said sedang mengalami tekanan darah rendah. Pihak AJK BKJB memohon kepada semua rakan staf Jabatan Bendahari sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh.

Wednesday, May 27, 2009

DARI MEJA BIRO PENERANGAN

Salam,

Kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Komen dan cadangan anda amatlah dialu-alukan tetapi biarlah yang membina dan memberi kebaikan kepada Jabatan Bendahari dan kakitangan semua. Adalah diharap semua rakan-rakan dapat mengawal emosi semasa memberi cadangan dan komen didalam blog ini.

Sekian, terima kasih

Biro Penerangan

Friday, May 22, 2009

Hebahan Umum

Untuk makluman semua kakitangan, Jabatan Bendahari akan di audit oleh SIRIM pada 4 - 5 Jun 2009. Bagi tujuan berkenaan Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan mengadakan Program Solat Hajat, Bacaan Yassin & Tahlil bersempena dengan "Surveillance Audit' ISO 9001:2000 seperti dibawah:-

Tarikh : 02 Jun 2009 (Selasa malam Rabu)
Tempat : Bilik Bankuasi, Aras 2, Bangunan Canseleri
Masa : 6.45 petang

Adalah diharap semua kakitangan dapat memberi sokongan dan menghadirkan diri. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNYA. Insyallah

Thursday, May 14, 2009

Objektif Badan Kebajikan

Selaras dengan arus perubahan negara dan universiti AJKBKJB berpendapat bahawa objektif badan haruslah di murnikan semula sesuai dengan namanya sendiri. Timbul persoalan apakah bentuk kebajikan yang perlu diberi perhatian. Adakah hanya aktiviti bercorak suka ria untuk merapatkan silatrahim atau menghilangkan stress sahaja atau perlu lebih-lebih hingga mencampuri pihak pengurusan jabatan atau hingga masalah rumahtangga ?

Tuesday, May 12, 2009

SUKAN JABATAN BENDAHARI 2009

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari (BKJB) akan menganjurkan sukan dalaman untuk kakitangan Jabatan Bendahari bagi tahun 2009. Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti dibawah dan dijangka akan dilangsungkan pada minggu ke 3, bulan Jun.

1. Bowling berpasukan (8 Lelaki & 8 Wanita)
2. Badminton berpasukan (3 Bergu Lelaki, 2 Bergu Wanita & 2 Bergu Campuran)
3. Futsal (Lelaki) & (Wanita)

Aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan di jabatan bendahari serta mencari pemain terbaik bagi perlawanan untuk merebut Piala Bendahari yang akan diadakan bersama HUKM & Unit Audit Dalam. Berikut merupakan 5 kumpulan yang terlibat yang telah dibahagikan mengikut bahagian:-

1. Bahagian Kewangan Penyelidikan
2. Bahagian Perolehan, Bayaran & Stor Pusat
3. Bahagian Kewangan Kakitangan, Bahagian Akaun & Belanjawan & Aset
4. Bahagian Kewangan Pelajar, Penjanaan & Penerimaan
5. Bahagian Pentadbiran, Kampus Kuala Lumpur & Unit Penguatkuasaan

Diharap semua kakitangan dapat mengikuti aktiviti ini dan memilih ketua masing-masing untuk sukan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi: En. Zailan Ahmad

Terima Kasih.

Saturday, May 9, 2009

Mesyuarat BKJB 2/2009

Makluman kepada semua AJK BKJB, mesyuarat BKJB 2/2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 Mei 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PUSPA, Aras 2

Mohon kerjasama semua AJK supaya dapat menghadirkan diri pada mesyuarat berkenaan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2009.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada Saudara Amir Hamzah (Unit Elaun) dan Pn. Suhafizah (Unit Zakat) kerana telah melangsungkan perkahwinan pada bulan April 2009.

Pihak BKJB mendoakan semoga kedua-dua pengantin baru tersebut akan kekal bahagia dengan pasangan masing-masing serta perhubungan mereka akan sentiasa diberkati dan dilindungi dengan rahmat Allah swt.

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Potongan Gaji Tahun 2009

Makluman kepada semua kakitangan Jabatan Bendahari, potongan gaji akan dilaksanakan mulai Jun 2009 sebanyak RM 36.00 setahun bagi bayaran yuran keahlian BKJB.


Sekian, harap maklum.

Thursday, May 7, 2009

Kursus Pengukuhan Pasukan

Pada 3-5 April 2009, AJK lama BKJB berjaya menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan yang telah diadakan di Taman Negara, Pahang. Seramai 96 peserta yang terdiri daripada pelbagai unit di Jabatan Bendahari telah menghadiri kursus tersebut.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, analisis menujukkan 95% daripada jumlah keseluruhan peserta memberikan reaksi positif terhadap kursus yang dianjurkan.

Kepada semua peserta, pihak BKJB mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus itu berlangsung.

Carta Organisasi

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari sesi 2009/2010.

Pengerusi : En. Mokhsin Hj. Tumin
Naib Pengerusi : Hj. Misro Jerut
Setiausaha : Pn. Norazlin Shahidah Ali
Bendahari : En. Zul Azri Hassan
AJK-AJK :-
Cik Junainah & En. Zul Azri Hassan (Biro Penerangan & Teknologi Maklumat)
Tuan Hj. Nadzri (Biro Kerohanian)
Tuan Hj. Misro & Pn. Norliza (Biro Ekonomi)
En. Zailan Ahmad (Biro Sukan & Rekreasi)
En. Abd Rahman & En. Azmi (Biro Kebajikan)
Juruaudit :-
Pn. Norsiah Yunus
En. Amiri Mustafa

Tuesday, May 5, 2009

SELAMAT DATANG

Blog ini akan memaparkan maklumat dan perkembangan semasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari (BKJB) UKM.

Kami juga amat mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan dari semua kakitangan Jabatan Bendahari bagi memantapkan lagi setiap program yang bakal dilaksanakan oleh BKJB.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emailkan ke bkjbukm@gmail.com

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites