Thursday, August 6, 2009

Berita Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah kepada En. Amir Hamzah Abdul Kahar yang telah memenangi Anugerah Pekerja Inovatif bagi Kategori Sokongan Bukan Teknikal bersempena dengan Majlis Anugerah Sarjana Bestari Ke -4. Tahniah diucapkan.

4 comments:

tahniah amir kami bangga dengan anda..semoga menjadi pemangkin semangat untuk kakitangan yang lain...

Bismillahir Rahmanir Rahim...
Allhumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad...

Thanx adiosz, trxx-avanzato dan munchkinz. Semoga lepas ni kalian juga akan mendapat pelbagai anugerah langit dan bumi.

Anugerah tersebut saya dedikasikan khas buat semua pihak yang terlibat menyokong dan mendoakan kejayaan usaha kecil saya yang tidaklah seberapa pun selama ini, terutamanya rakan-rakan yang sama unit/bahagian/jabatan dengan saya, juga kepada para pegawai dan mentor-mentor saya di bidang berkaitan.

Terima kasih juga kepada Badan Kebajikan untuk entri penghargaan ini.

Insha-Allah, sempena malam-malam ketentuan qadha' dan qadr di bulan Ramadhan 1430 ini, ayuh kita panjatkan doa agar semua kakitangan Jabatan Bendahari akan mengecapi pengalaman penuh berkualiti sepanjang perkhidmatan kita di sini.

Sekian.

Yang Mengantuk di pagi 21 Ramadhan,
Amir Hamzah Bin Abdul Kahar
(pinjam PC di meja Lan sekejap)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites