Thursday, April 21, 2011

Kelas Bimbingan Al-Quran

Assalammualaikum Kepada Semua Muslimat

Dimaklumkan Kelas Bimbingan Al-Quran (ASAS) Peringkat Ke-2 dibuka kepada muslimat yang berminat untuk mengikuti kelas ini. Kepada muslimat yang telah mengikuti Kelas ASAS Peringkat Pertama juga boleh mengikuti kelas ini untuk mendalami lagi asas-asas Al-Quran dengan lebih lancar.

Kepada yang berminat sila hubungi : Puan Sabariah (ext: 4524)/Puan Norwati Mohd Yusoff (ext: 4442)

Sekian, terima kasih

Anjuran Muslimat Jabatan Bendahari

Wednesday, April 20, 2011

Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Jabatan Bendahari Tahun 2011

Kepada semua kakitangan Jabatan Bendahari dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Jabatan Bendahari bagi memilih ahli jawatankuasa BKJB bagi sesi 2011/2013 seperti dibawah:-

Tarikh : 25 April 2011 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

Semua kakitangan dijemput hadir. Hadiah misteri disediakan kepada ahli-ahli yang hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih

Thursday, March 17, 2011

KELAS FARDU AIN - FIQH WANITA

Kepada semua muslimat Jabatan Bendahari, Kelas Fardu Ain - Fiqh Wanita akan diadakan pada minggu pertama dan ketiga hari jumaat setiap bulan bermula pada 18 Mac 2011 (Jumaat) ini.

Kepada muslimat yang berminat untuk mengikuti kelas ini akan diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Bendahari, Paras 3 bermula jam 12.45 tengahari. Guru yang memberi bimbingan adalah Ustazah Nawiyah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:- Pn Sabariah (ext 4524)

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Taddarus Al-Quran

Kepada Semua Muslimat Jabatan Bendahari, Majlis Taddarus Al-Quran sempena Ramadhan Al-Mubarak akan di adakan setiap hari mulai 11/08/2010 seperti masa dan tempat dibawah:-

Masa : 1.00 - 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Bendahari, Aras 3

Untuk pendaftaran sila hubungi:- Pn. Sabariah (ext: 4524) / Pn. Norizan (ext: 3133)

Semoga majlis taddarus al-quran ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Insyallah.

"SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA MUSLIMAT JABATAN BENDAHARI DAN BERSAMA KITA MENGHIDUPKAN RAMADHAN TAHUN INI"

Monday, May 31, 2010

Kelas Bimbingan Al-Quran

Assalammualaikum Kepada Semua Muslimat,

Dimaklumkan bahawa Kelas Bimbingan Al-Quran (ASAS) akan bermula pada:-

Tarikh : 02/06/2010 (Rabu)
Masa : 12.45 tgh - 2 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 3

Kepada yang berminat sila hubungi : Puan Norwati Mohd Yusoff (ext: 4442)

Anjuran Muslimat Jabatan Bendahari

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Pemerkasaan Diri 2010

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil Latihan akan menganjurkan Kursus Pemerkasaan Diri 2010 seperti butir-butir dibawah:-

Tarikh : 16-18 April 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Lembah Azwen Resort, Hulu Langat Selangor

Seramai 41 orang peserta termasuk AJK Badan Kebajikan dan AJK Jawatankuasa Kecil Latihan telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Semoga mendapat sokongan dan kerjasama dari semua peserta.

Terima Kasih.

Thursday, March 4, 2010

Al-Fatihah

Dimaklumkan Puan Nor Aishani Mohd Khir, Pembantu Tadbir Kewangan Kanan (W22) di Bahagian Kewangan Penyelidikan telah kembali ke rahmahtullah pada petang semalam di rumah beliau, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Takziah diucapkan kepada keluarga dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Wednesday, March 3, 2010

Lawatan Ke Langkawi

Makluman kepada semua kakitangan Jabatan Bendahari yang berminat untuk menyertai Lawatan 3 hari 2 malam Ke Langkawi yang akan dibuat pada :-

Tarikh : 27 - 30 Mei 2010 (Khamis hingga Ahad)
Harga : RM 327.00/seorang
Penginapan : Asiana Hotel, Pantai Chenang
Bertolak : 9.00 malam di UKM

Sila hubungi : Puan Syarifah Baharum (3431) @ Puan Che Wangi (5967) untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan lawatan ini.

Sekian, terima kasih.

Kursus Tatacara Perolehan & Bayaran Di UKM



















Tuesday, November 17, 2009

KARNIVAL SUKAN JABATAN BENDAHARI UKM 2009






















Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS KESYUKURAN

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan mengadakan Majlis Kesyukuran bagi kakitangan yang akan menunaikan haji tahun 2009 seperti dibawah:-

Tarikh : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Aras 4, Bahagian Pentadbiran
Masa : 8.15 pagi

Semua kakitangan dijemput hadir.

Tuesday, October 6, 2009

Perlawanan Persahabatan FUTSAL

Perlawanan persahabatan FUTSAL diantara Jabatan Bendahari vs Akauntan Negara akan diadakan seperti berikut:-

  • 8 Oktober 2009
  • Jam 9 malam
  • Sports Planet Kajang
Kepada sesiapa yang berminat nak join, sila hubungi En. Azlan (BKP) untuk maklumat lanjut. Diharap kemenangan akan berpihak kepada Jabatan Bendahari. Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari.

Tuesday, September 29, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN BENDAHARI 2009

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan menganjurkan jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1430 yang akan diadakan pada :-


Tarikh : 02 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 7.45 malam
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (Dewan Bestari)

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan Jabatan Bendahari dan ahli keluarga dijemput untuk hadir memeriahkan majlis ini.

Thursday, September 17, 2009

BERITA TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Bapa kepada Puan Siti Hajar Binti Mohd Nazir, Pembantu Tadbir (P/O) di Jabatan Bendahari telah kembali ke rahmatullah pada 2 September 2009 di Simpang Balak, Kajang, Selangor. Warga Bendahari mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

JAWATANKUASA BKJB MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA JABATAN BENDAHARI. BAGI MEREKA YANG AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU DAN SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.

Dalam tak sedar ia pergi
Terasa pantas Ramadhan berlari
Harapan kami agar ketemui lagi
Ramadhan muncul untuk sekian kali


Kembang mekar di awal pagi
Mawar sendirian berteman duri
Ramadhan kini kian pergi
Syawal pula semakin hampiri

Enak sungguh buah peria
Banyak ditanam di Sungai Keladi
Bermaaf maafan di hari raya
Lupa semua sengketa terjadi

MAAF ZAHIR & BATIN.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites