Tuesday, May 12, 2009

SUKAN JABATAN BENDAHARI 2009

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari (BKJB) akan menganjurkan sukan dalaman untuk kakitangan Jabatan Bendahari bagi tahun 2009. Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti dibawah dan dijangka akan dilangsungkan pada minggu ke 3, bulan Jun.

1. Bowling berpasukan (8 Lelaki & 8 Wanita)
2. Badminton berpasukan (3 Bergu Lelaki, 2 Bergu Wanita & 2 Bergu Campuran)
3. Futsal (Lelaki) & (Wanita)

Aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan di jabatan bendahari serta mencari pemain terbaik bagi perlawanan untuk merebut Piala Bendahari yang akan diadakan bersama HUKM & Unit Audit Dalam. Berikut merupakan 5 kumpulan yang terlibat yang telah dibahagikan mengikut bahagian:-

1. Bahagian Kewangan Penyelidikan
2. Bahagian Perolehan, Bayaran & Stor Pusat
3. Bahagian Kewangan Kakitangan, Bahagian Akaun & Belanjawan & Aset
4. Bahagian Kewangan Pelajar, Penjanaan & Penerimaan
5. Bahagian Pentadbiran, Kampus Kuala Lumpur & Unit Penguatkuasaan

Diharap semua kakitangan dapat mengikuti aktiviti ini dan memilih ketua masing-masing untuk sukan yang berkaitan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi: En. Zailan Ahmad

Terima Kasih.

11 comments:

Tak de acara lain ke lompat kijang ke tiup belon ke.

bila nk klua poster & tarikh rasmi

lompat kijang insyallah akan diadakan..jgn risau yang penting latihan kena cukup..stamina kena kuat..harap semua kakitangan dapat ikut serta yer...tambah meriah kan lagi acara...adioss...

assalamualaikum
berkaitan dengan sukan jabatan pembahagian ikut bahagian tu macam tak imbang je.bahagian kewangan kakitangan, akaun, belanjawan dan aset. so ramai la group tu orang muda. macam mana lak yang lain.pembahagian tu biar lah adil

wat la macam dulu..bahagi ikut rumah warna...kita cabut undi..baru fair..baru nak karnival..x de puak2..dari c2 gak kita leh kenal2 org dari unit lain..hanya cadangan..hope hadiah meriah ckit ye...

setuju sangat kalau buat cabut undi ikut rumah.... baru best, adil dan sakasama

sgt setuju jika kite wat cabut undi....
dpt kte mgeratkn sillaturrahim....

tq, cadagan anda nanti saya bicangkan dga ydp badan, wasalam

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites