Memang laman blog ini panas sifatnya, saya dah tahu sebelum buat pun. Sekurang-kurangnya bila dah panas semua orang tahu akan kewujudan laman ini.
Tapi perlu saya ingatkan di sini tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk perkara kebaikan jangan ada niat jahat contohnya nak memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang.
bincang la pasal sistem kerja ke contohnya daftar bil ke dan saya berpendapat di sini la tempat kalau nak cadang apa-apa (Knowledge sharing dan shared community), pihak pengurusan pun kena la ambil perhatian tentang cadangan atau keluhan kakitangan jabatan bendahari.
Janganlah guna bahasa yang kesat dan kotor, saya setuju beza pendapat tapi kena profesional.
Janganlah nak layan blog ni sampai kerja hakiki yang wajib tu diabaikan.
Saya pun akan layan blog ni pada waktu malam kat rumah, tak sempat nak tengok setiap hari.
Kepada jawatankuasa badan yang dilantik janganlah bersedih, terima kritikan yang baik dan jangan cepat mengalah (demotivated), kita dilantik dengan mandat ramai dan secara prinsipnya mereka meletakkan kepercayaan kepada kita dan berilah sumbangan apa yang termampu. Sebab tu saya minta komen pasal objektif dan apa bentuk2 kebajikan yang diharapkan.
Setiap kerja kebaikan ada cabarannya, apalah sangat kalau dibandingkan dengan cabaran yang diterima oleh nabi s.a.w semasa zaman jahiliah dan sekarang ni bukan zaman jahiliah kan.
Berkaitan dengan trip ke Cameron sebenarnya ia program AJK badan yang dibiayai sendiri oleh AJK. Program berkenaan tujuannya macam bengkel la untuk membincangkan dan merancang aktiviti BKJB dan dalam masa yang sama kita orang pun cadang nak pegi juga kenduri kahwin tu pada hari ahad. Tapi bila rakan-rakan lain tahu ramai pulak yang nak ikut dan akhir sekali lain pulak jadinya. Tak pe la kami terima pandangan tu dan nanti kami bincang balik yang pasti saya berpendapat tujuan asal ke Cameron tu perlu.
Sekian, salam ukhuwah
11 comments:
Yang Mulia YDP,
Please terminate this blog before it ruin this organisation....
Keadaan dah bertambah parah....
Kakitangan asyik ke blog masa kerja dan asyik bercerita tentang cerita2 yg. sensitif di blog...
Produktiviti semakin merundum n blog ini dijadikan tempat kakitangan yang x puas hati kondem bos, marah-marah, kutuk-mengutuk, dan paling menyedihkan sembahyang hajat dijadikan isu...
So, fikir-firkanlah sebelum terlambat....
salam..setuju blog ini di terminate kan.
Pada pendapat saya, jika blog ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, sebaik-baiknya ia perlu ditutup.
Ada staf yang hanya suka kutuk n kritik tanpa beri idea yang bernas seolah-olah hanya dia sahaja yang betul.
Bagi yang kena kutuk tu pulak, ambil la ia sebagai iktibar dan pengajaran supaya hidup kita ke arah yang lebih positif.
Semoga AJK BKJB yang baru dilantik terus bertahan dan dapat menaikkan kembali maruah BKJB & Jabatan Bendahari.
Kemenangan yang dicapai dengan cabaran lebih indah daripada melaluinya tanpa rintangan. Lihat dan muhasabah sikap sendiri dahulu sebelum kita menilai orang lain.
sokong dengan munchkinz
sallam..........setuju blog ini di terminatekan.Kita tak boleh dan tak mampu nak layan semua perasaan orang.
cakap x serupa bikin langsung, komen yang membina pu kene delete..
elok block je terus comment, kalo nk tinggal komen yang mengampu je buat ape? selagi komen tu membina dan tidak menghina biarkan je la.
salam..
kehadapan YDP..
jika niat mewujudkan blog ini baik, maka teruskanlah..
ydp
syabas atas inisiatif saudara dalam usaha untuk mendapatkan luahan dan pandangan ahli-ahli badan.
saya menyokong 100% supaya blog ini diteruskan, anggaplah setiap komen itu sebagai asam garam dalam kepimpinan kerana bagi seorang pemimpin yang berjaya sepatutnya sedia menerima teguran bukannya menghindari teguran tersebut. Bacul namanya tu.
mantan x tmb ydp
saya sokong sgt mantan x tmb ydp.....idup mantan x tmb ydp...
Post a Comment