Wednesday, August 26, 2009

FADILAH SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 –
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 –
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 –
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 –
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernamaAl-Kauthar.”

Monday, August 17, 2009

Program Ceramah Bulan Ramadhan

Badan Kebajikan Jabatan Bendahari akan menganjurkan ceramah sempena bulan Ramadhan pada :-

Tarikh: 20 Ogos, 2009 (Khamis)
Masa: 8:15 pagi
Tempat: Bah. Pentadbiran, Aras 4
Penceramah: Ust. Dr. Zulkiple Abd. Ghani

Tarikh: 28 Ogos, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Kewangan Penyelidikan, Aras 4
Penceramah:

Tarikh: 4 September, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Perolehan dan Bayaran, Aras 3
Penceramah:

Tarikh: 11 September, 2009 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Bah. Pentadbiran, Aras 4
Penceramah:

Adalah diharapkan agar semua kakitangan dapat memberi sokongan dan menghadirkan diri. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNYA. InsyaAllah.

Wednesday, August 12, 2009

Perlawanan Persahabatan

Pasukan Futsal Jabatan Bendahari akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jabatan Pendaftar pada hari Khamis (13/08/09) jam 9 malam di Sports Planet Kajang. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berjumpa dengan En. Khairul Azlan (BKP).

-Majulah Sukan Untuk Jabatan Bendahari-

Monday, August 10, 2009

Penyakit H1N1 dan Cara Pencegahannya

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah/tempat kerja;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah kepada Pn. Mazlina Dol Hamli yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki sulung pada 28 Julai 2009 (selasa) jam 10.50 malam di PPUKM. Tahniah juga kepada bonda Pn Faridah Ab Latip kerana telah menerima cucu sulung.

Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapakan tahniah kepada Pn. Noorhashikin Sulaiman yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki pada 08 Ogos 2009 (Sabtu) jam 6:30 ptg di Hospital Kajang. Semoga dengan kelahiran cahayamata itu akan bertambah serilah lagi keluarga yang dibina. Amin.

Thursday, August 6, 2009

Berita Takziah

Dukacita dimaklumkan nenek kepada En. Amiri Mustaffa telah kembali kerahmahtullah pada pagi 06 Ogos 2009 (Khamis). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Berita Tahniah

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan semua kakitangan Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah kepada En. Amir Hamzah Abdul Kahar yang telah memenangi Anugerah Pekerja Inovatif bagi Kategori Sokongan Bukan Teknikal bersempena dengan Majlis Anugerah Sarjana Bestari Ke -4. Tahniah diucapkan.

Friday, July 17, 2009

Selamat Pengantin Baru - En. Zul Azri Hassan

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada En. Zul Azri Hassan dari Unit Penguatkuasaan, Jabatan Bendahari yang akan melangsungkan pernikahannya pada Jumaat, 17 Jun 2009 dan majlis bersanding akan diadakan pada hari Ahad, 19 Jun 2009 di Taman Tunku Kurshiah, Seremban. AJK BKJB dan seluruh warga di Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah. Semoga diberkati dan diberi rahmat serta kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Friday, June 26, 2009

Ruangan ucapan untuk En Mohd Farid Hazwan

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan ucapan untuk En. Mohammad Syarin Sapuan

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan ucapan untuk Pn. Zaiton Hashim

Sila klik comments untuk buat ucapan

Ruangan Ucapan Buat Pn. Hjh. Noorma Sidek

Sila klik Comments untuk buat ucapan

Monday, June 22, 2009

Majlis Persaraan Dan Kesyukuran Jabatan Bendahari, UKM

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Jabatan Bendahari hadir ke Majlis Persaraan & Kesyukuran Jabatan Bendahari pada:-

Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Tempat : Jabatan Bendahari, Aras 4
Masa : 11.30 pagi

Semoga dengan kehadiran semua akan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday, June 16, 2009

Bengkel Dan Lawatan Ke Cameron Highland

Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Jabatan Bendahari, akan menganjurkan bengkel dan lawatan ke Cameron Highland, Pahang seperti butiran dibawah:-

Tarikh : 04 - 05 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa Bertolak : 07.00 pagi
Bayaran : Tertakluk kepada penyertaan

Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai lawatan ini sila berikan nama kepada: En. Zailan Ahmad - Samb 5134 @ En. Abd. Rahman Manaf - Samb 4441

Sekian, terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites